logo DRA 03

Pengenalan

Syarikat AJG Resources Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 30 Jun 2008. Didaftarkan sebagai francais tempatan dibawah Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 11 Mac 2017 dibawah hak cipta dagangan PENAPIS AIR DR. AMSYAR. 100% syarikat Bumiputera dan satu-satunya sebuah syarikat francais Penapis Air yang berdaftar dibawah Akta Francais 1998. Beribu pejabat di Bandar Baru Bangi, Selangor dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak.

Syarikat berterusan menjual produk melalui cawangan dan agen dengan mengunakan kaedah jualan tunai disebabkan harga produk yang dibekalkan berpatutan. Dalam jangka masa 5 tahun, syarikat kami telah berjaya memperolehi hampir seramai 18,000 pelanggan yang sekarang ini masih lagi setia menggunakan produk kami.

peta_mark_cawangandra
Banner Pelanggan
IMG20200813144449

10 Tahun Pengalaman dalam Perkhidmatan & Perniagaan Penapis Air.

Produk Dr. Amsyar adalah hak milik penuh AJG Resources Sdn. Bhd. (823361-V). Perniagaan ini dicipta untuk membantu memberi kemudahan dan kesenangan dengan menjual barangan bersumber kesihatan dan keperluan untuk kegunaan isi rumah seluruh MALAYSIA.

Kami memberikan harga yang jauh lebih berpatutan dan mampu milik. Beli dan terus miliki tanpa perlu terikat kontrak.

Barisan Pengarah

en faizal png
Mohamad Faizal Bin Razali
Pengarah Urusan Dr Amsyar Water Purifier™

"Pada masa lalu, penapis air sangat mahal untuk didapati dan tidak dapat membuka minda ramai orang. Tetapi sekarang penapis air adalah satu kemestian dan keperluan dan juga sangat penting untuk dimiliki."

hafiz sani
Muhammad Hafiz Bin Mustafa Sani
CEO Dr Amsyar Water Purifier™

"Sebagai CEO syarikat, saya telah bertindak dengan cekap dalam apa jua keadaan dan tidak akan pernah berputus asa dengan mudah. Tiada kata 'GAGAL', hanya ada kejayaan atau pembelajaran. Ambil Tindakan, Keajaiban Akan Terjadi."

Pelanggan Korporat